Tuesday 20 December 2011

KEMBARA SOLEH 2011 TELAH BERAKHIR

Assalamualaikum
It's been a while since we last update this blog.
Alhamdulillah. We had tremendous moments with all the participants during the Kembara Soleh Camp.

And to share the happiness, let the pictures speak to you.
Sit back and enjoy :)

PENDAFTARAN


TA'ARUF

PERBINCANGAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT


PEMBENTANGAN MAKLUMAT

MASK GAME
QIAMULLAIL
MORNING WALK


MEMANASKAN BADAN SETELAH BERISTIGHFAR,  BERSELAWAT DAN MEMBACA ASMA'UL HUSNA
CERAMAH MENARA BERKEMBAR BERSAMA PAK DIK

GAMBAR KENANGAN BERSAMA PAK DIN

BERHIBUR BERSAMA MU'ADZ DAN HAFIEDZ
GAMBAR KENANGAN BERSAMA MU'ADZ DAN HAFIEDZ


KENANGAN DI PONDOK BUSTANUL A'RIFIN
SESI PENGURUSAN JENAZAH
SESI PERSEKITARAN LESTARI

HARI PENUTUP DI SURAU AT-TAUFIQIYYAH, SHAH ALAM 2


TA'ARUF

MENDIRIKAN KHEMAH BERSAMA
EXPLORACE
JUNGLE TRACKING
MANDI SUNGAI BERSAMA
SESI MENYEMBELIH, MEMOTONG DAN MEMANGGANG AYAM
PENYAMPAIAN HADIAH
KENANGAN SEBELUM BERTOLAK PULANG DARI NUR LAMAN BESTARI
TERIMA KASIH DARI KAMI, WARGA KERJA KEMBARA SOLEH :)
Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Wednesday 16 November 2011

KEMBARA SOLEH yang hampir tiba

Assalamualaikum semua....

Nampaknya masa yang ditunggu-tunggu semakin hampir tiba. Alhamdulillah... Pendaftaran berjalan lancar. Tetapi, bagi yang masih berminat, anda masih ada peluang untuk turut serta dalam kem yang sememangnya bakal membawa pulang input positif dan menarik. InsyaAllah. :)

Apa tunggu lagi? Daftarlah segera. Semoga berjumpa di sana nanti. InsyaAllah ;)



Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Friday 21 October 2011

Perkongsian melalui aktiviti

Assalamualaikum :D
Terima kasih kepada yang telah memilih untuk mengisi kekosongan cuti sekolah yang akan datang dengan mendaftar penyertaan bagi kem KEMBARA SOLEH (klik  di sini). Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan pembaca, sebelum ini Maahad Habibullah Al-Hafiz pernah mengadakan beberapa aktiviti lain sepanjang tempoh penubuhan dari bulan Jun 2011 hingga Awal Oktober 2011 yang lalu.

Antaranya:-
taklimat pembukaan Maahad :)


Majlis berbuka puasa dan tazkirah di Surau At-Taufiqiyah :)


Pendedahan sunah Tahnik kepada para pelajar
 Dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang tidak dikaptur perjalanan majlisnya.

InsyaAllah dengan aktiviti-aktiviti yang ada, Maahad Habibullah Al-Hafiz bukan sahaja bertindak sebagai Maahad kepada para pelajarnya semata-mata tetapi kepada masyarakat sekitarnya. Amin. :D

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Thursday 13 October 2011

Tentatif program KEMBARA SOLEH

 Assalamualaikum.
Jangan lupa jawab salam ya... :D

Kem KEMBARA SOLEH (klik di sini) semakin hampir dengan kita. Tapi jangan bimbang kerana pendaftaran masih dibuka. Seperti yang dijanjikan, tentatif program dilampirkan bersama dalam entri kali ini. :)

Ini dia....................

(sila klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas)

Menarik bukan?
InsyaAllah program akan bermula pada jam 8 pagi pada setiap hari dan tamat pada jam 6 petang kecuali pada 22 Nov 2011 kerana para peserta akan mempersiapkan diri masing-masing untuk berqiamullail bersama-sama.  
MasyaAllah. Peluang besar!!! :D

InsyaAllah, sama-sama kita mencari peluang untuk perbaiki apa yang kurang dan mengunggulkan apa yang sudah cantik.
Jumpa anda di sana ;) InsyaAllah...

Sila hubungi kami di talian:-
03-33932471 (Pejabat)
012-9423051 (Ustaz Sobri)
012-5662724 (Ustaz Mutalib)


Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Wednesday 5 October 2011

Invitation to participate / support ;)

In the name of Allah, the most gracious and the most merciful.

We, MAAHAD HABIBULLAH AL-HAFIZ, a new entity in the development of spirituality seeks the support and contribution from our Muslim brothers and sisters to uplift the spiritual and moral wellbeing of the younger Muslim generation.


We hereby welcome contributions in any form; ideas, materials, financial etc.

Please feel free to call us at this number:-
03-33932471 (Office)
012-9423051 (Ustaz Sobri)
012-5662724 (Ustaz Mutalib)

Financial contribution may be made into the account of MAAHAD HABIBULLAH AL-HAFIZ. Account number BIMB (Bank Islam): 121680 1000 6393

May we be blessed with Allah's love and kindness.

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

KEMBARA SOLEH

Alhamdulillah. It's been almost half a year and we are truely grateful.

We have a special camp coming this November!!! School holiday!!!

KEMBARA SOLEH is a nine-day program (20th to 28th) which will be a tremendously interesting for kids to join. InsyaAllah. It is now open for registration.
The tentative of the program will be shared to you in the next entry. InsyaAllah. :)

We are looking forward to see YOU at Surau At-Taufiqiyyah, Bandar Puncak Alam; the main venue for the camp :)

As usual, should there be any enquiries, do call us at:-
03-33932471 (Office)
012-9423051 (Ustaz Sobri)
012-5662724 (Ustaz Mutalib)

Thank you.


Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Wednesday 21 September 2011

Selawat

Bosan ketika memandu?
Tak tahu apa nak buat sambil menunggu?

Apakata berselawat seketika ;) 
Berselawat itu berkait rapat dengan konsep Iman dan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

InsyaAllah mudah sahaja.
Macam macam cara ada. Macam macam lagu ada. :)
Moga kita sama sama dapat nikmat daripada melakukannya.

kelebihan berselawat:-
1. salah satu AMALAN PALING UTAMA
2. boleh MENGHAPUS KESALAHAN dan DOSA
3. jaminan mendapat RAHMAT ALLAH DUNIA dan AKHIRAT serta SYAFAAT NABI SAW
4. menjadi BENTENG SIFAT MUNAFIK dan KAFIR
5. SELAMAT DARI HURU HARA HARI KIAMAT
6. menjadi penyebab HAJAT, DOA, dan AMALAN BAIK DITERIMA ALLAH
7. tiket untuk MUDAH MEMASUKI SYURGA
8. MENGGANTIKAN SEDEKAH bagi yang tidak mampu bersedekah
9. DIKASIHI OLEH NABI SAW
10. kehidupan DI DUNIA PENUH KETENANGAN DAN BAHAGIA manakala DI AKHIRAT TERLEPAS DARIPADA SEGALA YANG MENDUKACITAKAN

insyaAllah kita sama-sama jadikan amalan :D

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Pintu Terbuka, Ayuh Bersama

Assalamualaikum w.b.t  :)

Tertubuhnya MAAHAD HABIBULLAH AL HAFIZ adalah hasil sepakat beberapa pihak yang melihat akan kepentingan untuk membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia serta bekemampuan untuk membentuk kehidupan diri, keluarga dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Sebuah Maahad yang berlokasi di Shah Alam 2, Bandar Baru Puncak Alam ini mengetengahkan konsep separuh masa bagi para pelajar mengikut kesesuaian waktu di mana pelajar yang menghadiri sekolah harian (Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah) di sebelah pagi dapat menghadirkan diri ke Maahad pada waktu petang atau malam dan sebaliknya.

Bukan sahaja menerima golongan kanak-kanak dan remaja, Maahad Habibullah Al Hafiz turut mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan dari kalangan dewasa dan warga emas untuk mempelajari bacaan Iqra' / Al-Quran, Tajwid, Bahasa Arab, menghafaz Al Quran serta kemahiran Fardu Ain, Fardu Kifayah dan bertaranum.
Ilmu-ilmu tersebut akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang mempunyai latar belakang yang mantap dalam bidang masing-masing. Berikut adalah tenaga pengajar utama:-

1. Ustaz Abdul Mutalib bin Ismail (Ijazah Sarjana Muda Dakwah, Institut Agama Islam Negeri Darussalam, Banda Aceh)
2. Ustaz Abdul Hadi bin Ibrahim (Tahfizul Quran dan Ijazah Syariah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi)
3. Ustaz Shahzam Ezran bin Manja (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran (Qiraat), Universiti Al-Azhar, Mesir)

Pendekatan yang menarik digunakan oleh tenaga pengajar agar ilmu mudah diserap lantas tidak kekok dijadikan amalan. InsyaAllah dengan niat yang tulus, bertemu juga jalan yang lurus.

Sekiranya anda berminat atau inginkan keterangan lanjut, sila hubungi: 
Pejabat: 03 3393 2471
Waled: 012 7775616
Ustaz Mutalib: 012 5662724
Ustaz Nik: 017 6954599
Ustaz Sobri: 012 9423051

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w