Wednesday 21 September 2011

Selawat

Bosan ketika memandu?
Tak tahu apa nak buat sambil menunggu?

Apakata berselawat seketika ;) 
Berselawat itu berkait rapat dengan konsep Iman dan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

InsyaAllah mudah sahaja.
Macam macam cara ada. Macam macam lagu ada. :)
Moga kita sama sama dapat nikmat daripada melakukannya.

kelebihan berselawat:-
1. salah satu AMALAN PALING UTAMA
2. boleh MENGHAPUS KESALAHAN dan DOSA
3. jaminan mendapat RAHMAT ALLAH DUNIA dan AKHIRAT serta SYAFAAT NABI SAW
4. menjadi BENTENG SIFAT MUNAFIK dan KAFIR
5. SELAMAT DARI HURU HARA HARI KIAMAT
6. menjadi penyebab HAJAT, DOA, dan AMALAN BAIK DITERIMA ALLAH
7. tiket untuk MUDAH MEMASUKI SYURGA
8. MENGGANTIKAN SEDEKAH bagi yang tidak mampu bersedekah
9. DIKASIHI OLEH NABI SAW
10. kehidupan DI DUNIA PENUH KETENANGAN DAN BAHAGIA manakala DI AKHIRAT TERLEPAS DARIPADA SEGALA YANG MENDUKACITAKAN

insyaAllah kita sama-sama jadikan amalan :D

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Pintu Terbuka, Ayuh Bersama

Assalamualaikum w.b.t  :)

Tertubuhnya MAAHAD HABIBULLAH AL HAFIZ adalah hasil sepakat beberapa pihak yang melihat akan kepentingan untuk membina, membentuk dan melahirkan insan rabbani yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia serta bekemampuan untuk membentuk kehidupan diri, keluarga dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Sebuah Maahad yang berlokasi di Shah Alam 2, Bandar Baru Puncak Alam ini mengetengahkan konsep separuh masa bagi para pelajar mengikut kesesuaian waktu di mana pelajar yang menghadiri sekolah harian (Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah) di sebelah pagi dapat menghadirkan diri ke Maahad pada waktu petang atau malam dan sebaliknya.

Bukan sahaja menerima golongan kanak-kanak dan remaja, Maahad Habibullah Al Hafiz turut mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan dari kalangan dewasa dan warga emas untuk mempelajari bacaan Iqra' / Al-Quran, Tajwid, Bahasa Arab, menghafaz Al Quran serta kemahiran Fardu Ain, Fardu Kifayah dan bertaranum.
Ilmu-ilmu tersebut akan disampaikan oleh tenaga pengajar yang mempunyai latar belakang yang mantap dalam bidang masing-masing. Berikut adalah tenaga pengajar utama:-

1. Ustaz Abdul Mutalib bin Ismail (Ijazah Sarjana Muda Dakwah, Institut Agama Islam Negeri Darussalam, Banda Aceh)
2. Ustaz Abdul Hadi bin Ibrahim (Tahfizul Quran dan Ijazah Syariah, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi)
3. Ustaz Shahzam Ezran bin Manja (Ijazah Sarjana Muda Pengajian Al-Quran (Qiraat), Universiti Al-Azhar, Mesir)

Pendekatan yang menarik digunakan oleh tenaga pengajar agar ilmu mudah diserap lantas tidak kekok dijadikan amalan. InsyaAllah dengan niat yang tulus, bertemu juga jalan yang lurus.

Sekiranya anda berminat atau inginkan keterangan lanjut, sila hubungi: 
Pejabat: 03 3393 2471
Waled: 012 7775616
Ustaz Mutalib: 012 5662724
Ustaz Nik: 017 6954599
Ustaz Sobri: 012 9423051

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w