Monday 12 March 2012

Kelas Tahfiz Al-Quran Sepenuh Masa

Assalamualaikum semua :)

Apa khabar?
Setelah hampir setahun mengadakan kelas Tahfiz Al-Quran secara separuh masa, kami telah sebulat suara mewujudkan kelas tahfiz Al-Quran secara sepenuh masa di samping kelas separuh masa masih tetap berjalan seperti biasa.

Kelas tahfiz sepenuh masa telah bermula sejak Januari lalu dan masih membuka ruang dan peluang untuk anda yang masih berminat untuk turut serta dalam pengajian 30 Juzu'. Kelainan yang kami bawakan untuk para pelajar tahfiz sepenuh masa kami adalah dengan menyediakan subjek pengajian Islam dan Akademik bagi persediaan mereka untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai tiket kepada para pelajar untuk menyambung pelajaran di peringkat Diploma di Darul Quran kelak.

Bagi mengekalkan perhubungan antara anak dan ibu bapa, pelajar tahfiz Al-Quran sepenuh masa kami telah dijadualkan untuk pulang setiap hari dan kelas hanya akan berlangsung dari hari Isnin hingga hari Jumaat.

Semoga usaha untuk melihat anak-anak yang bergelar hufaz berjaya disamping masa depan mereka yang gemilang. InshaAllah.

Sebarang pertanyaan atau inginkan keterangan lanjut, sila hubungi: 

Pejabat: 03 3393 2471
Ustaz Sabri: 012 9423051


Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w