Monday, 21 May 2012

Ruang Baru, Peluang Baru

Senyum :D
Penuh rasa syukur... Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t

Berita gembira buat semua :)

HABIB telah diberi kepercayaan seterusnya dihadiahkan sebuah unit kedai tingkat atas oleh seorang Hamba Allah yang tidak mahu dikenali. Premis yang bertempat di Alam Jaya itu akan dimanfaatkan dengan membuka peluang yang lebih luas bukan sahaja kepada penduduk Puncak Alam, Shah Alam 2 tetapi juga kepada masyarakat luar.

Ruang baru yang kami terima ini memberi jalan kepada kami untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat dan luar untuk mengikuti pengajian bersama kami secara sepenuh masa dan berasrama. Sedikit pengubahsuaian akan dilaksanakan dan akan mula beroperasi pada 1 Julai 2012 (Kelas separuh masa dan sepenuh masa tanpa berasrama tetap akan berjalan seperti biasa).

Setakat ini, terdapat 15 orang pelajar yang ingin berdaftar dan majoritinya terdiri dari golongan anak yatim dan miskin. Para pelajar yang tergolong dalam kategori tersebut akan ditaja oleh pihak yang bersedia untuk menaja sepanjang pengajian mereka selama 3 tahun beserta yuran pendaftaran.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi penaja kepada bakal pelajar-pelajar kami yang bukan menjurus ke arah menjadi hufaz yang mengahafaz 30 juzu' sahaja tetapi diberi peluang untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan selanjutnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Darul Quran, sila hubungi:-


Pejabat: 03-33932471
Waled: 013-2412283
Ustaz Sabri: 012-9423051

Bagi yang berminat untuk menjadi pelajar kami juga, semestinya ruang terbuka luas untuk anda semua kerana ilmu itu hakNya dan kami sekadar berkongsi sahaja. InshaAllah. Anda boleh hubungi nombor yang tertera di atas juga.

Semoga rezeki ini mendapat keberkatan dariNya dan dinikmati bersama. InshaAllah. :)

*di sini ingin kami kongsikan beberapa gambar ruang yang bakal digunakan oleh pelajar HABIB sebelum diubahsuai.














Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

HABIB Monthly Activity II / Aktiviti Bulanan HABIB II

Assalamualaikum. :)

As planned, members of HABIB were again gathered. Like the previous gathering, we had lesson classes and a night spent at HABIB. But this time around, we had an opportunity to visit our friends at Ma'ahad Baitul Rahmah at Sungai Gabai Off Sungai Lui in the next morning. We had the experience of changing point of views, build up relationships and we also had a friendly football match between the two Maahads. Another moment should never be forgotten was when we went to the nearest waterfall and enjoyed ourselves well. All of us including the Ma'ahad Baitul Rahmah members were too excited with the water splashing time while fascinated by Allah's creations~the trees, waterfall etc. Tiring yet satisfying.

It was a definitely a great visit. Not only meeting up with good people but also learning from each other as well as admiring the surroundings especially their bungalow unit where they live in. *how lucky they are~not that we are not thankful of what we have ;)* Alhamdulillah.

Here are  some photos to be shared..... enjoy :)

















 InshaAllah. We will meet again. Thank you for the hospitality. ;)

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Sunday, 20 May 2012

Aktiviti Bulanan HABIB I - Mac 2012

Assalamualaikum
Seperti yang sedia maklum, penubuhan HABIB ditubuhkan berdasarkan niat perkongsiaan ilmu bersama masyarakat setempat. Sejajar dengan niat tersebut, pihak HABIB mengambil peluang untuk bersama anak-anak sekitar Puncak Alam, Shah Alam 2 yang majoritinya pelajar HABIB untuk berkumpul di hujung minggu pada mana-mana minggu pada setiap bulan.

Aktiviti-aktiviti yang dimuatkan adalah seperti qiamullail, hafazan, perkongsian pandangan, riadhah dan lain-lain.

Kali ini, kami ingin kongsikan bersama pembaca sekalian gambar-gambar yang telah dikaptur pada siri pertama aktiviti bulanan kami.








Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

JAMBORI AMAL ISLAMI MAPPIS 2012

Assalamualaikum w.b.t

Agak berhabuk sudah blog ni.  Lama tidak menjengah. Diharap semua followers dan pembaca sihat walafiat. InshaAllah.

Kami ingin berkongsi pengalaman pertama kami menjadi peserta Jambori Amal Islami MAPPIS 2012 yang bertempat di Unisel, Bestari Jaya, Selangor pada 20-22 April 2012 yang lalu. Maklumlah... pengalaman pertama~Semuanya terlalu baru buat kami.

Adik Abu Bakar & adik Fatimah AzZahra

Pihak HABIB telah menghantar seramai 2 orang wakil pelajar yang juga merupakan pasangan adik-beradik iaitu adik ABU BAKAR BIN AKHMARUNI dan adik FATIMAH AZZAHARA BINTI AKHAMARUNI yang masing-masing mewakili daerah Kuala Selangor bagi kategori Tilawah Al-Quran yang telah dilatih dan dipimpin oleh Ustaz ABDUL HADI BIN IBRAHIM (Mudir HABIB). Mereka berdua telah berkampung di sana selama 3 hari 2 malam yang telah memuatkan aktiviti-aktiviti seperti qiamullail, pertandingan sukan dan pertandingan-pertandingan lain yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.


Alhamdulillah.... dengan izinNya adik FATIMAH AZZAHARA telah berjaya merangkul tempat KETIGA dan ianya menjadi suatu kebanggaan bagi kami; warga HABIB dan semestinya keluarga beliau. InshaAllah akan berusaha lebih giat lagi untuk pertandingan yang akan datang kerana warga HABIB dan para pelajar sangat teruja dengan peluang yang sedemikian.


InshaAllah bertemu di Jambori Amal Islami 2013!!!!



Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w