Thursday, 28 June 2012

Kem Tahfiz Cuti Sekolah (Jun 2012)


Assalamulaikum.
Sudah lama ingin kami kongsikan pengalaman di Kem Tahfiz Cuti Sekolah (Jun 2012) yang berlangsung awal Jun yang lalu yang dipimpin oleh Ustaz Mutallib sambil dibantu oleh warga HABIB yang lain.

Program yang bermula pada 4 Jun 2012 dan berakhir pada 8 Jun 2012 tersebut dimuatkan dengan Majlis Pembukaan Program, Pengenalan Ulum Al-Quran, Asas Tajwid, Tarannum Al-Quran, Talaqqi Al Quran, Hafazan, Program Bersama Ikon Remaja; Ustaz Saudi, Penilaian dan Tasmi' serta Majlis Penutup Program yang mengetengahkan persembahan bacaan Al-Quran, Hafazan, berbalas pantun dan sketsa oleh para peserta kem.

Berikut ingin dikongsikan beberapa gambar yang sempat dikaptur sepanjang kem. Maaf. Kem kali ini, kami lebih banyak merakamkan video berbanding mengambil gambar. 













Semoga bertemu lagi di kem yang seterusnya. InsyaAllah :)

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Saturday, 16 June 2012

Ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja

Assalamualaikum semua. Maahad Habibullah Al Hafiz 


(HABIB) akan menjalankan program ibadah Qurban & 


Aqiqah di Kemboja bersama Imam Rosyad (salah seorang 


tenaga pengajar HABIB) tahun 2012. Sesiapa yang ingin turut 


serta sila hubungi Ust Sabri atau waled di 033932471/ 


013-2412283 / 012-294 23051. Satu bahagian lembu 


Qurban adalah RM 290.00. Mohon diwarwarkan kepada


sahabat-sahabat & saudara mara. Syukran jazeelan.



Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.

Monday, 4 June 2012

Aqiqah 'Aisyah Johar oleh warga HABIB :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Encik Johar kerana memberi kepercayaan kepada warga HABIB untuk melaksanakan dan menguruskan majlis aqiqah anak beliau; 'Aisyah.

Majlis berlangsung pada 23 Mei 2012 di HABIB. Manakala proses penyembelihan kambing dilaksanakan pada jam 9.30 pagi dan dilapah oleh warga HABIB termasuk tenaga pengajar dan para pelajar. Persiapan tersebut dilakukan di perkarangan rumah Walid. Rencah untuk memasak nasi arab jugak dibuat secara bergotong royong dan nasi disediakan oleh mudir HABIB; Ustaz Hadi.

Setelah selesai persiapan semuanya, makanan di bawa ke HABIB untuk dijamu kepada para tetamu. Sebelum menjamu selera, doa selamat telah dikendalikan oleh Ustaz Roshad, guru hafazan HABIB. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Sekalung penghargaan kepada warga HABIB dan seluruhnya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Berikut dikongsikan beberapa gambar semasa majlis berlangsung :)


















Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Program Kem Tahfiz Cuti Sekolah Jun 2012

Cuti sekolah kembali lagi dan kami sekali lagi membuka pintu kepada semua masyarakat setempat untuk turut serta dalam kem tahfiz kali ini.

Program tersebut bermula dari 4 Jun 2012 dan berakhir pada 8 Jun 2012. Aktiviti 5 hari tersebut dimuatkan dengan Pengenalan Al Quran, Asas Tajwid, Tarannum,Talaqqi dan Hafazan Al Quran.

Semoga Allah merahmati Program kali ini dan mendapat keberkatanNya.
Kepada anda semua, teruskan menyokong kami menyebarkan ilmu Allah. InshaAllah. Amin.


Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w