Helaian pertama dalam kitab Al-Quran tertera satu surah yang wajib dibaca setiap kali kita menunaikan ibadah tiang agama. Ini bermakna, setiap hari kita akan membacanya dan memperoleh kebaikan daripadanya. Alhamdulillah. Alangkah lebih menarik jika ianya dijadikan amalan bukan sahaja ketika bersolat.
Surah Al-Fatihah boleh juga diamalkan:-
1. Sebelum tidur
2. Ketika memasak
3. Ketika memandu kenderaan
4. Ketika berjalan-jalan
5. Ketika membuat kerja di pejabat
6. Ketika membuat kerja-kerja rumah
7. Sebelum mengulangkaji pelajaran
dan lain-lain masa yang sesuai. MasyaAllah... Boleh dilakukan pada bila-bila masa. Sememangnya tiada alasan kan? :)
Sebagai Surah Pembukaan, dikatakan barangsiapa yang membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya serta bercahaya rohaninya. (Ustaz Sharhan Safie dalam buku beliau; Ubat, Doa dan Penyembuhan).
Marilah bersama-sama jadikannya amalan ;)
Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w
No comments:
Post a Comment