Sunday 17 February 2013

Lawatan HABIB ke Maahad Khalifah Abdul Khalip

Assalamulaikum semua :)

Lawatan pertama kami ke Maahad Khalifah Abdul Khalip merupakan pengalaman yang mungkin baru bagi kebanyakan pelajar. Suasana kampung yang dikelilingi sawah padi sememangnya tenang dan segar. Sepanjang 2 hari 1 malam di sana, kami sempat berkongsi pendapat dan bersama-sama berqiamullail dan lain-lain lagi. 

Untuk pengetahuan semua, Maahad Khalifah Abdul Khalip merupakan sebuah Maahad di bawah pengurusan HABIB dan kini telah mula beroperasi dan masih mempunyai ruang untuk pendaftaran pelajar baru. Sekiranya anda berminat, boleh berhubung dengan pihak HABIB untuk maklumat lanjut.

Sebagai penutup, kami sajikan gambar-gambar kenangan yang sempat dikaptur :)










Semoga ukhwah kekal terjalin sesama kita. InsyaAllah.

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment