Thursday 11 October 2012

Mari bersama kami --- KEMBARA SOLEH 2012!

Assalamualaikum.
Mari bersama kami pada cuti sekolah akan datang :)


31 / 10 / 2012
Berita baik buat semua!
Dengan penerimaan penajaan daripada beberapa pihak, yuran bagi Program Kembara Soleh 2012 telah diturunkan daripada RM450 kepada RM360 termasuk aktiviti dan penginapan di Puncak Alam dan Janda Baik sepanjang 11-17 Nov 2012.
Alhamdulillah.
Terima kasih kepada para penaja :D


Perisian program adalah seperti berikut:-




InsyaAllah yang terbaik untuk anak-anak kita :)

Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Monday 30 July 2012

Perkenalan dan Perkongsian bersama TV Selangor

Assalamualaikum.
Rezeki Allah tetap ada dan berterusan. Alhamdulillah. Berkat Ramadhan kali ini, kami diketengahkan oleh pihak media pula --- TV Selangor. (http://www.myeasytv.com/country/malaysia/tv-selangor).

Setiausaha dan Mudhir HABIB iaitu Ustaz Mohamad Sabri Mohd Noor dan Ustaz Abdul Hadi Ibrahim telah ditemu ramah oleh Saudara Syed Hisyam Syah dalam slot Apa Khabar Selangor pada 25 Julai 2012. Bacaan ayat suci Al-Quran diperdengarkan oleh 3 orang pelajar HABIB (Adik Mohd Shuib Amali, Adik Siraj Munir dan Adik Fatimah AzZahara) sebelum sesi temu ramah berlangsung. Sesi yang hampir 30 minit tersebut telah mengetengahkan serta memperkenalkan HABIB secara umum kepada masyarakat serta menjemput masyarakat untuk turut serta dalam program Ihya' Ramadhan HABIB yang akan diadakan pada 11 - 12 Ogos 2012.

Video rakaman tersebut akan kami muat naik dalam entri akan datang. Untuk kali ini, kami kongsikan gambar-gambar kenangan kami sepanjang berada di stesyen TV Selangor :)
































Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

Majlis Tahlil Ringkas dan Berbuka Bersama

Alhamdulillah.
Di bulan ramadhan yang mulia ini, semakin banyak aktiviti-aktiviti mendekatkan diri kepada Allah berlaku di sana sini.

HABIB juga telah terlibat secara langsung dengan MAJLIS TAHLIL RINGKAS DAN BERBUKA BERSAMA yang bertempat di SURAU AT-TAUFIQIYAH, SHAH ALAM 2, PUNCAK ALAM pada 24 JULAI 2012.

Majlis Tahlil disempurnakan oleh Imam Rosham, Imam Roshad, penduduk Shah Alam 2 serta warga HABIB sebelum waktu berbuka puasa dan diikuti dengan persiapan berbuka bersama serta Solat Maghrib berjemaah.

Ingin kami kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis tersebut :)




















Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w