Wednesday 4 January 2012

Bayi 2012 kami...

Assalamualaikum... :)

Tahun 2011 telah pun melabuhkan tirai.
Semangat baru buat kami di tahun 2012. Anda bagaimana? Harap kita sama-sama bersemangat!!! ;)
Kami bersemangat dan bersyukur di atas kelahiran bayi baru kami; Sekolah Rendah Islam Habibullah (SRIH) mula beroperasi pada 4 Januari 2012 seiring dengan sekolah-sekolah lain di luar sana.

SRIH memberi peluang kepada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 4 untuk bukan sahaja memperoleh ilmu agama (Tauhid, Fiqh, Tajwid, Akhlak, Tafsir, Sirah, Bahasa Arab, Hafazan dan Khat), tetapi turut didedahkan dengan pendidikan Matematik dan Bahasa Inggeris. Yang lebih menarik lagi, kami menyediakan slot bagi pelajar berdrama dan bernasyid dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Sesuai dengan keadaan semasa, kami turut memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang pembangunan kendiri (Personal Development) bagi membantu para pelajar menjadi insan yang mempunyai pertimbangan waras dalam setiap tindak tanduk mereka di kemudian hari. InsyaAllah...

Waktu pembelajaran di SRIH adalah selama 3 jam 15 minit setiap hari (Isnin - Jumaat) kecuali Cuti Sekolah dan Cuti Umum. Maka, mereka masih dapat menghadiri Sekolah Kebangsaan seperti biasa agar keseimbangan diperoleh ;)

Bagi anda yang berminat, jangan risau... :D Tidak pernah ada terma "sudah terlewat" kerana kita sama-sama ingin melihat dan bertindak untuk kehidupan yang lebih sejahtera kepada anak-anak kita.

Sebarang pertanyaan atau inginkan keterangan lanjut, sila hubungi: 

Pejabat: 03 3393 2471
Ustaz Nik: 017 6954599
Ustaz Sabri: 012 9423051


Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment