Monday 4 June 2012

Aqiqah 'Aisyah Johar oleh warga HABIB :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada Encik Johar kerana memberi kepercayaan kepada warga HABIB untuk melaksanakan dan menguruskan majlis aqiqah anak beliau; 'Aisyah.

Majlis berlangsung pada 23 Mei 2012 di HABIB. Manakala proses penyembelihan kambing dilaksanakan pada jam 9.30 pagi dan dilapah oleh warga HABIB termasuk tenaga pengajar dan para pelajar. Persiapan tersebut dilakukan di perkarangan rumah Walid. Rencah untuk memasak nasi arab jugak dibuat secara bergotong royong dan nasi disediakan oleh mudir HABIB; Ustaz Hadi.

Setelah selesai persiapan semuanya, makanan di bawa ke HABIB untuk dijamu kepada para tetamu. Sebelum menjamu selera, doa selamat telah dikendalikan oleh Ustaz Roshad, guru hafazan HABIB. Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Sekalung penghargaan kepada warga HABIB dan seluruhnya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Berikut dikongsikan beberapa gambar semasa majlis berlangsung :)


















Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment