Sunday 20 May 2012

JAMBORI AMAL ISLAMI MAPPIS 2012

Assalamualaikum w.b.t

Agak berhabuk sudah blog ni.  Lama tidak menjengah. Diharap semua followers dan pembaca sihat walafiat. InshaAllah.

Kami ingin berkongsi pengalaman pertama kami menjadi peserta Jambori Amal Islami MAPPIS 2012 yang bertempat di Unisel, Bestari Jaya, Selangor pada 20-22 April 2012 yang lalu. Maklumlah... pengalaman pertama~Semuanya terlalu baru buat kami.

Adik Abu Bakar & adik Fatimah AzZahra

Pihak HABIB telah menghantar seramai 2 orang wakil pelajar yang juga merupakan pasangan adik-beradik iaitu adik ABU BAKAR BIN AKHMARUNI dan adik FATIMAH AZZAHARA BINTI AKHAMARUNI yang masing-masing mewakili daerah Kuala Selangor bagi kategori Tilawah Al-Quran yang telah dilatih dan dipimpin oleh Ustaz ABDUL HADI BIN IBRAHIM (Mudir HABIB). Mereka berdua telah berkampung di sana selama 3 hari 2 malam yang telah memuatkan aktiviti-aktiviti seperti qiamullail, pertandingan sukan dan pertandingan-pertandingan lain yang telah disenaraikan oleh pihak penganjur.


Alhamdulillah.... dengan izinNya adik FATIMAH AZZAHARA telah berjaya merangkul tempat KETIGA dan ianya menjadi suatu kebanggaan bagi kami; warga HABIB dan semestinya keluarga beliau. InshaAllah akan berusaha lebih giat lagi untuk pertandingan yang akan datang kerana warga HABIB dan para pelajar sangat teruja dengan peluang yang sedemikian.


InshaAllah bertemu di Jambori Amal Islami 2013!!!!



Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment