Monday 21 May 2012

Ruang Baru, Peluang Baru

Senyum :D
Penuh rasa syukur... Alhamdulillah.

Assalamualaikum w.b.t

Berita gembira buat semua :)

HABIB telah diberi kepercayaan seterusnya dihadiahkan sebuah unit kedai tingkat atas oleh seorang Hamba Allah yang tidak mahu dikenali. Premis yang bertempat di Alam Jaya itu akan dimanfaatkan dengan membuka peluang yang lebih luas bukan sahaja kepada penduduk Puncak Alam, Shah Alam 2 tetapi juga kepada masyarakat luar.

Ruang baru yang kami terima ini memberi jalan kepada kami untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat dan luar untuk mengikuti pengajian bersama kami secara sepenuh masa dan berasrama. Sedikit pengubahsuaian akan dilaksanakan dan akan mula beroperasi pada 1 Julai 2012 (Kelas separuh masa dan sepenuh masa tanpa berasrama tetap akan berjalan seperti biasa).

Setakat ini, terdapat 15 orang pelajar yang ingin berdaftar dan majoritinya terdiri dari golongan anak yatim dan miskin. Para pelajar yang tergolong dalam kategori tersebut akan ditaja oleh pihak yang bersedia untuk menaja sepanjang pengajian mereka selama 3 tahun beserta yuran pendaftaran.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi penaja kepada bakal pelajar-pelajar kami yang bukan menjurus ke arah menjadi hufaz yang mengahafaz 30 juzu' sahaja tetapi diberi peluang untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan selanjutnya melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di Darul Quran, sila hubungi:-


Pejabat: 03-33932471
Waled: 013-2412283
Ustaz Sabri: 012-9423051

Bagi yang berminat untuk menjadi pelajar kami juga, semestinya ruang terbuka luas untuk anda semua kerana ilmu itu hakNya dan kami sekadar berkongsi sahaja. InshaAllah. Anda boleh hubungi nombor yang tertera di atas juga.

Semoga rezeki ini mendapat keberkatan dariNya dan dinikmati bersama. InshaAllah. :)

*di sini ingin kami kongsikan beberapa gambar ruang yang bakal digunakan oleh pelajar HABIB sebelum diubahsuai.














Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment