Tuesday 24 July 2012

Berkongsi Kebahagian Berkongsi


Assalamualaikum wbt

Sempena bulan Ramadhan 1433H ini, kami ingin berkongsi kebahagian berkongsi, di samping usaha mengumpul dana bagi pembangunan Maahad (kini beroperasi dengan menyewa tiga buah premis) yang juga dapat membantu menampung perbelanjaan para pelajar yang berlatar belakang keluarga yang kurang berkemampuan. 

PERKONGSIAN

HADIAH TAHLIL DAN KHATAM AL-QURAN
Sepanjang bulan Ramadhan 1433H ini, para pelajar tahfiz HABIB bersama para mu’alim akan mengadakan majlis tahlil dan khatam quran.  Kami mengalu-alukan pihak yang ingin bersama-sama menghadiahkan tahlil dan khatam Al-Quran kepada kaum keluarga, sahabat handai serta diri sendiri.  Bagi yang menetap berhampiran kami, bolehlah meletakkan air dan mengambilnya setelah selesai.

 TEMPAHAN BUAH TANGAN
Kami juga sedia menerima tempahan botol kaca untuk dijadikan buah tangan dengan ‘sticker’ khusus mengikut majlis yang diingini.  Harga adalah mengikut saiz bekas, kandungan serta hiasan.
                                
 MAJLIS QURBAN DAN AQIQAH DI KEMBOJA
Para mu’alim akan bersama-sama menguruskan ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja, di daerah yang majoriti penduduknya adalah dhaif.  Bayaran bagi satu bahagian lembu adalah RM290.00 untuk ibadah Qurban. Manakala RM400 (satu bahagian lembu) dan RM650 (seekor kambing) bagi Aqiqah.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun:-
Maahad Habibullah Al Hafiz
(Bank Islam Malaysia Berhad: 121 680 1000 6393)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-
Pejabat HABIB: 03-3393 2471                        Ustaz Sabri: 012-942 3051
Waled: 013-241 2283                                       Liyana: 012-345 2785


Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment