Tuesday 24 July 2012

Rancangan Pembinaan HABIB

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh 

Maahad Habibullah Al Hafiz (JAI Sel BPI 03/05/083/02 Jld 1 (53)) ingin mewarwarkan bahawa kami dalam perancangan untuk membina bangunan Maahad yang lebih sempurna bagi menempatkan para pelajar tahfiz kami yang sedia ada dan bakal pelajar pada masa akan datang. Untuk melaksanakan hasrat kami itu, kami telah mendapat khidmat seorang pelukis pelan dengan percuma bagi melukis pelan Bangunan Maahad Tahfiz kami di Puncak Alam. Bangunan tersebut adalah bangunan 2 tingkat yang akan menempatkan asrama bagi lebih kurang 40 murid, asrama warden, ruang hafazan, pejabat & bilik guru, kantin, bilik air & bilik mandi. 

Anggaran kos pembinaan
adalah seperti berikut 

Kos pembinaan - RM 400,000.00 
Kos katil, loker dan tilam - RM 40,000.00 
Kos kelengkapan pejabat & bilik guru - RM 30,000.00
Kos kelengkapan kantin dan lain - RM 30,000.00 
Jumlah anggaran RM 500,000.00 

Kepada yang ingin menyumbang, sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun:-
Maahad Habibullah Al Hafiz (Bank Islam Malaysia Berhad):
121 680 1000 6393.


Di samping itu, kami juga bakal membina sebuah lagi bangunan di Tapah, Perak bagi menempatkan para pelajar tahfiz di cawangan Perak. Bangunan di Tapah, Perak akan bermula setelah cawangan utama kami di Puncak Alam siap dibina. Namun, jika dana yang diperlukan telah mencukupi, kami akan memulakan pembinaan lebih awal. 

Anggaran kos pembinaan adalah seperti berikut 

Kos pembinaan - RM 600,000.00 
Kos katil, loker dan tilam - RM 40,000.00 
Kos kelengkapan pejabat & bilik guru - RM 30,000.00
Kos kelengkapan kantin dan lain - RM 30,000.00 
Jumlah anggaran RM 700,000.00 

Untuk mengetahui segala aktiviti Maahad Habibullah Al Hafiz (JAI Sel BPI 03/05/083/02 Jld 1 (53), selain dari blog ini, anda juga boleh bersama kami di laman facebook kami; https://www.facebook.com/pages/Maahad-Habibullah-Al-Hafiz-HABIB/230493623676221?ref=hl 

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh



Let us walk you through the journey of knowledge and the love for Allah and The Prophet Muhammad s.a.w

No comments:

Post a Comment